BAHASA MALAYSIA
NOTIS MENGENAI DATA DAN MAKLUMAT PERIBADI KEPADA SEMUA PELANGGAN /BAKAL PELANGGAN KAMI YANG DIHARGAI
PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Selaras dengan keperluan dan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami mengedarkan notis ini kepada semua pelanggan/bakal pelanggan kami yang dihargai.
Semasa anda berurusan dengan kami, anda akan diminta untuk memberikan data dan maklumat peribadi anda (“data peribadi”) agar kami boleh memasuki urus niaga dengan anda dan/atau menyampaikan notis, perkhidmatan, faksiliti dan/atau produk untuk masa kini dan masa depan.
Data peribadi anda dikumpulkan apabila kami berurusan dengan anda dalam transaksi-transaksi seperti penjualan dan pembelian hartanah atau untuk penyediaan dokumen-dokumen bank atau semasa anda menghubungi kami melalui telefon atau e-mel atau surat-menyurat dengan kami.
SIFAT DAN DEFINISI DATA PERIBADI
Data peribadi bermaksud maklumat berkenaan dengan transkasi komersial sama ada berhubungan secara langsung atau secara tidak langsung dengan seseorang individu (“subjek data”), yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripda maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data itu. Contoh data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat seperti nama, umur, alamat, nombor kad pengenalan, nombor pasport, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, pekerjaan, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat anak, maklumat bank/peminjam, maklumat kad kredit dan akaun bank.
SIFAT DAN DEFINISI DATA PERIBADI SENSITIF
Data peribadi sensitif bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya. Kami tidak akan memproses apa-apa data peribadi sensitif anda kecuali persetujuan secara nyata telah diperoleh daripada anda.
TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI ANDA
Data peribadi anda akan/sedang dikumpulkan, digunakan dan/atau diproses oleh kami untuk, antara lain, tujuan berikut:-
untuk tujuan menyempurnakan transaksi-transaksi di mana kami telah dilantik;
untuk tujuan pentadbiran;
untuk tujuan perhubungan dengan anda melalui SMS, faks, telefon, e-mel dan/atau saluran komunikasi lain yang bersesuaian;
untuk menyampaikan notis dan perkhidmatan kepada anda untuk masa kini atau masa depan;
untuk memproses pembayaran urus niaga anda;
untuk menjalankan atau melaksanakan hak-hak atau kewajipan yang dikenakan atas kami di sisi undang-undang;
untuk tujuan memenuhi keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami atau mana-mana ahli syarikat kami;
untuk tujuan memberi perkhidmatan integrasi (bersepadu), menjaga dan menyimpan rekod;
untuk tujuan sekuriti dan pencegahan penipuan;
untuk tujuan memantau, mengkaji semula dan meningkatkan produk, faksiliti dan/atau perkhidmatan kami;
membolehkan kami membekalkan dan mengemukakan data peribadi anda kepada pihak-pihak yang berkenaan (sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia), seperti badan-badan Kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan, agensi-agensi, pihak-pihak berkuasa tempatan, bank-bank/ institusi-institusi kewangan yang berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kami; dan
untuk sebarang tujuan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kami;
(tujuan-tujuan yang disebut di atas akan dikenali sebagai “tujuan”)
SUMBER DATA PERIBADI
Data peribadi akan dikumpul, diproses dan diguna oleh kami dan data peribadi tersebut diperoleh melalui sumber-sumber seperti berikut secara sah dan telus-
mana-mana e-mel atau apa-apa surat-menyurat yang diterima daripada anda untuk meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan;
apa-apa rujukan daripada seseorang yang telah memasukkan maklumat hubungan peribadi mereka yang dikenalpastikan;
surat-surat tawaran daripada institusi kewangan (tempatan dan luar negara) untuk pinjaman pra- diluluskan;
kad-kad perniagaan yang diberikan kepada pekerja, ejen, broker atau rakan-rakan kongsi perniagaan dan anggota gabungan dalam talian kami ;
apa-apa dokumen (termasuk tetapi tidak terhad kepada borang berkanun dan pulangan) yang telah dihantar kepada kami untuk pemprosesan; atau
apa-apa mesej atau komen yang dihantar kepada kami dengan apa-apa cara, di mana anda mungkin memasukkan data peribadi seperti nama, alamat emel dan nombor telefon.
Kami tidak akan pada bila-bila masa membeli atau memperoleh sebarang data peribadi dengan cara komersial yang tidak sah dan/atau meyalahi undang-undang melalui pembelian atau perniagaan senarai data peribadi.
KEGAGALAN MEMBERIKAN DATA PERIBADI KEPADA KAMI
Data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah secara sukarela dan bukan di bawah sebarang paksaan. Namun demikian, data peribadi anda adalah diperlukan terlebih dahulu dalam situasi-situasi tertentu seperti untuk tujuan penyediaan Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Pinjaman Wang dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan untuk melengkapkan transaksi-transaksi di mana kami telah dilantik untuk mewakili anda dalam transaksi tersebut.
Kegagalan untuk mendapatkan data peribadi anda akan mengakibatkan kesan-kesan seperti berikut:-
kami tidak akan dapat membekalkan anda dengan apa-apa notis dan perkhidmatan seperti yang diminta anda;
menjejaskan keupayaan pihak-pihak untuk memasuki perjanjian-perjanjian dan menyedia dokumentasi yang berkenaan dengan mana-mana transaksi; dan
menjejaskan keupayaan kami untuk memenuhi keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan/atau kod yang terpakai kepada kami.
PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Data peribadi yang kami peroleh dan kumpul tidak akan dijual, diberi atau dikongsi dengan pertubuhan-pertubuhan yang lain untuk tujuan komersial atau tujuan-tujuan lain. Data peribadi anda akan dirahsiakan sepanjang masa tetapi anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa yang tidak boleh dibatalkan kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan data peribadi anda kepada kategori seperti berikut sama ada di Malaysia atau di luar Malaysia untuk tujuan seperti yang disebut di Seksyen 4 di atas:-
kepada mana-mana cawangan kami di Petaling Jaya, Ipoh dan Johor Bahru, termasuk cawangan-cawangan yang akan ditubuhkan pada masa depan;
kepada penasihat-penasihat kami, termasuk juru audit, perunding atau penasihat kewangan atau profesional kami;
kepada pengawal selia industri atau badan-badan berkenaan termasuk badan-badan yang menyediakan pensijilan kualiti untuk perkhidmatan kami atas permintaan mereka;
kepada mana-mana orang, agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan/atau pengawal selia industri di mana kami dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang Malaysia ; dan
kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti badan-badan Kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan, agensi-agensi, pihak-pihak berkuasa tempatan, bank-bank/ institusi-institusi kewangan yang berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kami; dan
kepada pihak-pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk mewakili kami, misalnya syarikat-syarikat lain, pembekal-pembekal perkhidmatan atau individu-individu bagi tujuan menyempurnakan transaksi dan sebagai akibatnya, data peribadi anda mungkin akan dibekalkan, diakseskan atau didedahkan kepada pihak-pihak ketiga tersebut.
Pihak-pihak ketiga diwajibkan mematuhi prinsip-prinsip kami ketika memproseskan data peribadi anda. Semasa mengendalikan data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di bawah Seksyen 4, kami juga mewajibkan pihak-pihak ketiga ini mengikut dan mematuhi tahap perlindungan keselamatan data peribadi yang serupa dengan kami. Kami akan memastikan bahawa pihak-pihak ketiga hanya menggunakan data peribadi anda megikut arahan kami.
Pihak-pihak ketiga ini juga mempunyai tanggungjawab di sisi undang-undang ketika melindungi data peribadi anda dengan mengikut tahap perlindungan keselamatan yang sesuai dan selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai dan piawai industri yang diterima pakai secara umum.
PEMINDAHAN DAN PERKONGSIAN DATA
Sekiranya kami berpendapat bahawa ia adalah diperlukan atau sesuai untuk tujuan penyimpanan atau pemprosesan atau untuk memberi perkhidmatan kepada anda, kami akan memindahkan data peribadi anda kepada cawangan kami di Petaling Jaya, Ipoh dan Johor Bahru, termasuk cawangan-cawangan yang akan ditubuhkan di dalam atau luar Malaysia pada masa depan, di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap pelindung keselamatan yang serupa.
INTERGRITI DATA
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang diberikan kepada kami adalah tepat, tidak mengelirukan, terkini dan lengkap dari semua aspek. Anda hendaklah memberi notis bertulis kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan atas data peribadi anda untuk memastikan semua data peribadi anda adalah yang terkini. Kami tidak akan bertanggungjawab atas data peribadi yang diberikan oleh anda sekiranya data tersebut didapati tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemaskinikan.
PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA
Kami akan menyimpan data peribadi anda sehingga tujuan-tujuan yang disebutkan di atas telah dipenuhi dan/atau melainkan diizinkan oleh undang-undang. Kami akan memusnahkan dan/atau memadamkan data peribadi daripada sistem kami sekiranya data tersebut tidak lagi diperlukan untuk tujuan-tujuan seperti yang disebut di atas dan/atau melainkan diizinkan di sisi undang-undang.
SEKURITI
Kami menghormati hak peribadi dan sekuriti maklumat setiap pelanggan. Oleh yang demikian, kami akan mengambil langkah-langkah yang sesuai dan munasabah untuk melindungi data peribadi anda daripada kerugian, penyalahgunaan data peribadi, ubah suai, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan ketika memproses data peribadi anda.
AKSES KEPADA DATA PERIBADI ANDA
Anda sebagai subjek data berhak menghantar permintaan bertulis kepada Siew Lee & Co, No. 7A, 1 st Floor, Jalan 19/29, 46300 Petaling Jaya, Selangor pada bila-bila masa selepas anda memberikan data peribadi kepada kami sekiranya anda ingin-
membuat pertanyaan tentang data peribadi anda;
meminta kami untuk membetulkan sebarang data peribadi anda yang didapati tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskinikan dengan syarat bahawa permintaan anda tersebut adalah diizinkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan/atau undang-undang yang sedia ada;
meminta kami untuk memberi penjelasan mengenai polisi atau prosedur berkenaan dengan data peribadi anda yang telah diberikan kepada kami;
membuat aduan berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda oleh kami;
meminta kami untuk menghentikan pemprosesan data peribadi anda;
meminta kami untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda; dan/atau
memaklumkan kami bahawa anda ingin menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan kepada kami sebelum ini dan permintaan anda tersebut tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan dalam masa yang munasabah untuk penarikan tersebut.
BAHASA
Notis mengenai data peribadi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan dipakai.
PEMINDAHAN KEPADA NOTIS INI
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis ini dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat perubahan ketara pada Notis ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut di laman web kami atau menghantar notis kepada anda secara terus. Anda dinasihati agar menyemak Notis ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa dimaklumkan tentang cara kami melindungi maklumat anda.
Notis ini dikemas kini kali terakhir pada 21 Januari 2014.
